Saturday 20 July 2013

NAFKAH DIRI ISTERI

NAFKAH DIRI (ISTERI)

Dalam setiap institusi rumahtangga, setiap pasanga suami isteri mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam seorang suami wajib melayani isterinya dengan baik manakala seorang isteri yang solehah wajib mentaati dan melayani suami. Seorang isteri yang taat kepada suami berhak untuk mendapat nafkah diri sesuai dengan kemampuan pihak suami. Firman Allah SWT :
Maksudnya : ‘….hendaklah orang yang mampu member nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang Allah berikan kepadanya’                                                                                                                                                       (al-Talaq 7)
Manakala menurut seksyen 60, Enakmen Undang-Undang Negeri Selangor 2013, memperuntukan bahawa :
 60 (1) Tertakluk kepada Hukum Syarak Mahkamah boleh memerintakan seseorang lelaki membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya.


Dalam konteks kehidupan masakini, ramai para isteri yang bekerja, namun tanggungjawab memberi  nafkah tetap dipikul di bahu suami. Walaubagaimana pun, isteri boleh membantu bagi meringankan beban kewangan yang terpaksa ditanggung oleh suami bagi menjamin keharmonian rumahtangga. Sumbangan isteri terhadap suami boleh dikira sebagai satu sedekah dan semoga mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.


0 comments:

Post a Comment