Saturday 20 July 2013

TUNTUTAN HAK JAGAAN ANAK (HADHANAH)

TUNTUTAN HAK PENJAGAAN ANAK (HADHANAH)

Hadanah merupakan perlindungan daripada bahaya atau penjagaan yang diberikan kepada seseorang yang tidak boleh melindungi dirinya sendiri seperti seorang kanak-kanak atau orang gila. Penjagaan yang dimaksudkan di sini termasuklah dari segi makan, minum, tempat tinggal dan apa-apa sahaja yang memberikan kebaikan dan kemaslahatan kepada kanak-kanak.

Rasullulah pernah bersabda sebagaimana di dalam as-Sunnah yang lain iaitu :

كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ.
Maksudnya :
Setiap anak yang dilahirkan dalam fitrah. Hanya ibu bapalah yang menjadikan mereka Yahudu, Nasrani atau Majusi.

Susunan Kelayakan Hak Hadanah (Seksyen 82 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003)

Apabila seseorang ibu yang mengasuh anaknya uzur atau sudah meninggal dunia, maka hak penjagaan akan berpindah kepada anggota keluarga yang lain seperti urutan yang akan diterangkan di bawah ini mengikut empat mazhab :
1.         Mazhab Hanafi :
            1.         Ibu dari ibu (nenek).
            2.         Ibu dari bapa.
            3.         Saudara perempuan seibu sebapa.
            4.         Saudara perempuan seibu.
            5.         Saudara perempuan sebapa.
            6.         Anak perempuan dari saudara perempuan seibu sebapa.

2.         Mazhab Maliki :        
            1.         Ibu dari ibu (nenek) dan seterusnya ke atas.
            2.         Mak cik kandung.
            3.         Mak cik seibu.
            4.         Mak cik ibu (saudara perempuan nenek).
            5.         Mak cik ibu (saudara perempuan bapa dari ibu).
            6.         Mak cik bapa (saudara perempuan kakak).
            7.         Ibu dari ibu (ibu nenek).
            8.         Ibu dari bapa (nenek) dan seterusnya ke atas.

3.         Mazhab Syafie :
            1.         Ibu dari ibu (nenek).
            2.         Bapa.
            3.         Ibu dari bapa (nenek).
4.         Ibu dari ibunya bapa (ibu nenek) dan ke atas dengan syarat ibu itu menjadi   pewaris.
5.         Kerabat (keluarga) terdekat bagi pihak perempuan.
6.         Kerabat (keluarga) terdekat bagi pihak lelaki.

4.         Mazhab Hambali :
            1.         Ibu dari ibu (nenek).
            2.         Bapa.
            3.         Ibu dari bapa (nenek).
            4.         Ibu dari bapa (nenek).
            5.         Pak cik.
            6.         Ibu pak cik.
            7.         Saudara perempuan seibu sebapa.
            8.         Saudara perempuan seibu.
            9.         Saudara perempuan sebapa.
            10.       Saudara perempuan dari ibu (mak cik kandung).
            11.       Mak cik seibu dan ke atas.


Syarat Kelayakan Hadanah (Seksyen 83 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003)
1.         Baligh
2.         Berakal
3.         Merdeka
4.         Islam
5.         Amanah
6.         Hadinah bermukim di tempat kanak-kanak
7.         Hadinah tidak berpenyakit
8.         Hadinah seorang yang dewasa
9.         Hadinah tidak berkahwin dengan lelaki lain


Bagaimana Hak Penjagaan Hilang (Seksyen 84 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003)

Hak seseorang perempuan terhadap hadanah akan hilang- Jika perempuan itu berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu yang orang itu dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu, jika penjagaannya dalam hal sedemikian akan menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu tetapi haknya untuk penjagaan akan kembali semula jika perkahwinan itu dibubarkan.        
  
Jika perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka. Jika perempuan itu menukar pemastautinnannya dengan tujuan untuk mencegah bapa kanak-kanak itu dari menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu, kecuali bahawa seseorang isteri yang bercerai boleh mengambil anaknya sendiri ke tempat lahir isteri itu. Jika perempuan itu murtad dan jika perempuan itu mencuaikan atau menganiaya kanak-kanak tersebut.

1 comments: