PERCERAIAN DENGAN LAFAZ TALAQ
Talaq ialah
pembubaran ikatan perkahwinan dengan lafaz talaq atau seumpamanya berdasarkan
al-Quran, as-Sunnah dan Ijma’ Ulama. Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga
Islam (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan perceraian dengan talaq atau dengan
perintah Mahkamah. Jika salah seorang
pasangan hadir ke Mahkamah dan menyerahkan satu permohonan untuk perceraian ke
Mahkamah, maka Mahkamah akan menyerahkan saman kepada pihak yang satu lagi. Jika
pihak yang membuat permohonan diwakili oleh Peguam Syarie maka Peguam Syarie
akan bertindak untuk menyerahkan saman tersebut.
Sekiranya pihak
satu lagi hadir ke Mahkamah dan bersetuju terhadap perceraian, maka Mahkamah
akan menasihati agar perceraian tersebut dilafazkan dihadapan Mahkamah dan
direkodkan serta didaftakan kepada Ketua Pendaftar.
Jika tiada
persetujuan antara pihak-pihak, maka Mahkamah akan melantik satu jawatankuasa
pendamai dan merujuk kes tersebut kepada jawatankuasa tersebut. Jika terdapat
persetujuan antara pasangan untuk hidup semula sebagai suami isteri, maka
Mahkamah akan menolak permohonan perceraian tersebut.
Sekiranya tiada
persetujuan pendamaian dicapai maka Mahkamah akan menasihati suami untuk
melafazkan satu talaq, tetapi sekiranya suami enggan, Mahkamah hendaklah
merujuk kes tersebut kepada Hakam.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete