Friday 14 June 2013

PERCERAIAN DENGAN LAFAZ TALAQ



PERCERAIAN DENGAN LAFAZ TALAQ

Talaq ialah pembubaran ikatan perkahwinan dengan lafaz talaq atau seumpamanya berdasarkan al-Quran, as-Sunnah dan Ijma’ Ulama. Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan perceraian dengan talaq atau dengan perintah Mahkamah.  Jika salah seorang pasangan hadir ke Mahkamah dan menyerahkan satu permohonan untuk perceraian ke Mahkamah, maka Mahkamah akan menyerahkan saman kepada pihak yang satu lagi. Jika pihak yang membuat permohonan diwakili oleh Peguam Syarie maka Peguam Syarie akan bertindak untuk menyerahkan saman tersebut.
Sekiranya pihak satu lagi hadir ke Mahkamah dan bersetuju terhadap perceraian, maka Mahkamah akan menasihati agar perceraian tersebut dilafazkan dihadapan Mahkamah dan direkodkan serta didaftakan kepada Ketua Pendaftar.

Jika tiada persetujuan antara pihak-pihak, maka Mahkamah akan melantik satu jawatankuasa pendamai dan merujuk kes tersebut kepada jawatankuasa tersebut. Jika terdapat persetujuan antara pasangan untuk hidup semula sebagai suami isteri, maka Mahkamah akan menolak permohonan perceraian tersebut.
Sekiranya tiada persetujuan pendamaian dicapai maka Mahkamah akan menasihati suami untuk melafazkan satu talaq, tetapi sekiranya suami enggan, Mahkamah hendaklah merujuk kes tersebut kepada Hakam.

1 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete