Friday, 14 June 2013

HARTA SEPENCARIAN


HARTA SEPENCARIAN


Harta Sepencarian ditafsirkan sebagai harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri sepanjang tempoh perkahwinan sama ada harta alih atau tak alih yang melibatkan takat sumbangan suami isteri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tuntutan boleh dibuat mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 seksyen 122.

Dalam Hukum Syarak tidak dinyatakan secara tepat tentang pembahagian harta sepencarian kerana tuntutan harta sepencarian merupakan adat yang diiktiraf dan diteima oleh Syarak. Mahkamah akan melihat takat sumbangan pihak suami isteri dalam menentukan pembahagian harta sepencarian. Takat sumbangan tidak langsung isteri boleh dinilai berdasarkan beberapa aspek antaranya sumbangan isteri menguruskan rumahtangga, menjaga anak, melayan suami sehingga membolehkan suami hidup selesa dan tenang, sokongan isteri kepada suami dalam menentukan kejayaan kerjaya suami. Begitu juga Suami, berhak untuk menuntut harta sepencarian daripada isteri sekiranya terdapat sumbangan dalam harta yang diperolehi oleh Isteri. 


TUJUAN PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN
1.       Agar  suami atau isteri dapat memulakan hidup baru.
2.       Dapat meringankan bebanan yang ditanggung.
3.       Suami atau isteri berhak untuk menerima harta berdasarkan takat sumbangan pihak-pihak sepanjang  tempoh perkahwinan.
4.       Agar tidak timbul perasaan dendam antara pasangan dalam memulakan kehidupan baru.

0 comments:

Post a Comment