Wednesday 9 November 2016

PERCERAIAN LUAR MAHKAMAH DAN HUKUMAN





TATACARA PENDAFTARAN PERCERAIAN LUAR MAHKAMAH

Seksyen 55A : Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984

55A (1) Seseorang yang telah menceraikan isterinya dengan lafaz talaq di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah, hendaklah dalam masa tujuh hari pelafazan talaq itu melaporkan kepada Mahkamah.

 (2) Mahkamah hendaklah mengadakan siasatan untuk memastikan sama ada 
            talaq yang dilafaz itu adalah sah mengikut Hukum Syarak.

 (3) Jika Mahkamah berpuas hati bahawa talaq yang telah dilafazkan itu adalah sah mengikut Hukum Syarak, maka Mahkamah hendaklah, tertakluk kepada seksyen 124-  
     (a) membuat perintah membenarkan perceraian      dengan talaq;
      (b) merekodkan perceraian itu; dan
  (c) menghantar salinan rekod itu kepada Pendaftar yang sewajarnya dan kepada Ketua Pendaftar bagi pendaftaran.  


HUKUMAN BAGI PERCERAIAN LUAR MAHKAMAH 
DAN 
TANPA KEBENARAN MAHKAMAH

Seksyen 124 : Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984

Seseorang lelaki menceraikan isterinya dengan melafazkan talaq dengan apa-apa bentuk di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah itu maka dia melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.





RUNDINGCARA DAN KHIDMAT GUAMAN SYARIE www.peguamsyariah.com


0 comments:

Post a Comment