Saturday, 18 February 2017

KEPENTINGAN DAFTAR PERNIKAHAN


KEPENTINGAN DAFTAR PERNIKAHAN

Ramai dikalangan pasangan diluar sana yang mengambil mudah urusan pernikahan. Jika pernikahan tidak direstui atau diterima oleh ahli keluarga atau isteri pettama, maka jalan singkatnya ialah bernikah sindiket. Nikah sindiket bukan sahaj berlaku di Thailand atau Indonesia ianya juga berlaku di Malaysia. 

Kes yang pernah dibawa ke Mahkamah Syariah di mana pasangan telah bernikah sindiket dan dikurniakan dua orang cahayamata.  Bila kes difailkan ke Mahkamah Syariah, sijil nikah yang diterima oleh pasangan dikeluarkan di Melaka. Pasangan dinikahkan di Kuala Lumpur. Bila siasatan dibuat berhubung no sijil pernikahan, maka ianya tidak wujud. Bagaimana pula status anak-anak tersebut. 

Daftar nikah amat penting bagi pasangan yang mendirikan rumahtangga. Jika pasangan yang melaksanakan pernikahan mengikut prosedur yang betui maka tidak akan timbul masalah. Apa yang menjadi isunya sekiranya pasangan melalui prosedur yang dilaksanakan oleh pihak yang tidak bertauliah. Antara sebab pasangan tidak mahu mendaftarkan pernikahan adalah kerana :

1. Pasangan tidak tahu dan tidak arif tentang prosedur pendaftaran.
2. Si isteri hanya mengharapkan pihak suami untuk mendaftarkan pernikahan tersebut.
3. Pihak suami yang telah berumahtangga takut sekiranya pendaftaran pernikahan tersebut difailkan, maka pihak isteri pertama akan ketahui makluman tersebut dan berhak untuk membuat tuntutan.
4. Si isteri diugut oleh suami agar tidak mendaftarkan pernikahan tersebut.

Kesan perkahwinan yang tidak didaftarkan :
1. Perkahwinan yang tidak didaftarkan tidak bermakna ianya tidak sah. Sahnya perkahwinan sekiranya sempurnanya rukun-rukun dan syarat-syarat.
2. Untuk membolehkan sesuatu perceraian didaftarkan, maka hendaklah wujud perkahwinan yang didaftarkan.
3. Suami atau isteri tidak dapat menuntut apa-apa hak di Mahkamah sebagaimana yang sepatutnya.
4. Status pasangan akan kekal sama ada bujang atau janda.
5. Status anak menjadi keraguan masyarakat.

JANGAN AMBIL MUDAH.

0 comments:

Post a comment