HARTA SEPENCARIAN
Harta Sepencarian
ditafsirkan sebagai harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri sepanjang
tempoh perkahwinan sama ada harta alih atau tak alih yang melibatkan takat
sumbangan suami isteri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tuntutan
boleh dibuat mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor)
2003 seksyen 122.
Dalam Hukum Syarak
tidak dinyatakan secara tepat tentang pembahagian harta sepencarian kerana
tuntutan harta sepencarian merupakan adat yang diiktiraf dan diteima oleh
Syarak. Mahkamah akan melihat takat sumbangan pihak suami isteri dalam
menentukan pembahagian harta sepencarian. Takat sumbangan tidak langsung isteri
boleh dinilai berdasarkan beberapa aspek antaranya sumbangan isteri menguruskan
rumahtangga, menjaga anak, melayan suami sehingga membolehkan suami hidup
selesa dan tenang, sokongan isteri kepada suami dalam menentukan kejayaan
kerjaya suami. Begitu juga Suami, berhak untuk menuntut harta sepencarian
daripada isteri sekiranya terdapat sumbangan dalam harta yang diperolehi oleh
Isteri.
TUJUAN PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN
1.
Agar suami atau isteri dapat memulakan hidup baru.
2.
Dapat meringankan bebanan yang
ditanggung.
3.
Suami atau isteri berhak untuk
menerima harta berdasarkan takat sumbangan pihak-pihak sepanjang tempoh perkahwinan.
4.
Agar tidak timbul perasaan dendam
antara pasangan dalam memulakan kehidupan baru.
1xbet korean bitcoin deposit for bettors - Legalbet
ReplyDelete1xbet korean bitcoin deposit for bettors. ➤ Deposit today with an initial deposit up to ₹100,000 ✓ Instant withdrawal and withdrawal!⭐ Best Payout Limits: скачать 1xbet ₹500 / 1000+⭐ Mobile App