Wednesday 25 September 2013

NAFKAH ANAK

NAFKAH ANAK

Merujuk Hukum Syarak, seorang bapa berkewajipan menanggung nafkah anak-anaknya yang masih di bawah tanggungannya dan tidak berkemampuan (seksyen 73, Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003). Mahkamah boleh memerintahkan seorang bapa  membayar nafkah untuk faedah mana-mana anaknya jika bapa tersebut enggan atau cuai memperuntukkan nafkah anaknya, meninggal langsung isteri dan anaknya sedangkan anaknya berada di bawah jagaan isterinya. Nafkah anak juga boleh dituntut jika mana-mana prosiding di Mahkamah Syariah yang melibatkan hal suami isteri masih belum selesai atau lelaki tersebut (bapa) diberi kebenaran untuk berpoligami. Kuasa Mahkamah memerintahkan nafkah bagi kanak-kanak di bawah seksyen 74 (1) Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 :-
74 (1) Mahkamah boleh pada bila-bila masa memerintahkan seorang lelaki membayar nafkah untuk faedah mana-mana anaknya :-
(a)   Jika dia telah enggan atau cuai mengadakan peruntukan dengan munasabah bagi anaknya itu;
(b)   Jika dia telah meninggalkan langsung isterinya dan anaknya itu adalah dalam jagaan isterinya;
(c)    Dalam masa menanti keputusan sesuatu prosiding hal ehwal suami isteri;
(d)   Apabila membuat atau selepas daripada membuat suatu perintah meletakkan anak itu dalam jagaan seseorang lain; atau
(e)    Apabila memberi kebenaran kepada lelaki itu untuk berpoligami di bawah seksyen 23.



Anak, ibu atau mana-mana pihak yang menjaga anak tersebut berhak untuk membuat tuntutan nafkah anak yang berada di bawah jagaanya. Mahkamah Syariah akan memutuskan satu jumlah berdasarkan keperluan wajib dan asas bagi seorang anak disamping mengimbanginya dengan kemampuan bapa. Mahkamah Syariah berhak untuk memerintahkan satu jumlah yang berbeza dari jumlah yang dituntut oleh oleh pihak-pihak berdasarkan bukti-bukti yang dikemukakan. SEDARI HAK ANDA.

1 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete