NAFKAH
ANAK
Merujuk Hukum Syarak, seorang bapa berkewajipan
menanggung nafkah anak-anaknya yang masih di bawah tanggungannya dan tidak
berkemampuan (seksyen 73, Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003).
Mahkamah boleh memerintahkan seorang bapa
membayar nafkah untuk faedah mana-mana anaknya jika bapa tersebut enggan
atau cuai memperuntukkan nafkah anaknya, meninggal langsung isteri dan anaknya
sedangkan anaknya berada di bawah jagaan isterinya. Nafkah anak juga boleh
dituntut jika mana-mana prosiding di Mahkamah Syariah yang melibatkan hal suami
isteri masih belum selesai atau lelaki tersebut (bapa) diberi kebenaran untuk
berpoligami. Kuasa Mahkamah memerintahkan nafkah bagi kanak-kanak di bawah
seksyen 74 (1) Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 :-
74 (1) Mahkamah boleh pada bila-bila masa
memerintahkan seorang lelaki membayar nafkah untuk faedah mana-mana anaknya :-
(a)
Jika dia telah enggan atau cuai mengadakan
peruntukan dengan munasabah bagi anaknya itu;
(b)
Jika dia telah meninggalkan langsung isterinya
dan anaknya itu adalah dalam jagaan isterinya;
(c)
Dalam masa menanti keputusan sesuatu prosiding
hal ehwal suami isteri;
(d)
Apabila membuat atau selepas daripada membuat
suatu perintah meletakkan anak itu dalam jagaan seseorang lain; atau
(e)
Apabila memberi kebenaran kepada lelaki itu
untuk berpoligami di bawah seksyen 23.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete