Saturday 9 March 2013

POLIGAMI DI LUAR NEGARA



POLIGAMI DI LUAR NEGARA  (PENDAFTARAN DI MAHKAMAH SYARIAH)


Merujuk kepada firman Allah SWT dalam surah An Nisa’ ayat 3 yang bermaksud :

 Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja, atau budak-budak yang kamu miliki (hamba sahaya). Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya."

Berdasarkan ayat di atas jelas menyatakan bahawa Islam mengharuskan poligami di kalangan para suami namun berapa ramaikah di kalangan suami yang arif tentang kepentingan pendaftaran poligami di Mahkamah Syariah? Ramai dikalangan wanita yang kurang faham tentang kepentingan pendaftaran poligami ke Mahkamah Syariah.



Sekiranya sesuatu perkahwinan itu diakadnikahkan tanpa kebenaran secara bertulis di Mahkamah Syariah, maka adalah menjadi satu kesalahan di bawah subsyeksyen 23 (1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.  Maka akadnikah tersebut adalah bersalahan dengan prosedur yang telah di tetapkan di Negeri Selangor. Subsyeksyen 23 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan :-

(2) Tiada perkahwinan yang diakadnikahkan tanpa kebenaran di bawah subsyeksyen (1) boleh didaftarakan di bawah Enakmen ini melainkan jika Mahkamah berpuashati bahawa perkahwinan sedemikian adalah sah mengikut Hukum Syarak dan Mahkamah telah memerintahkan supaya perkahwinan itu didaftarakan tertakluk kepada seksyen 124.

Perlu difahami bahawa bagi pendaftaran poligami, Mahkamah Syariah berhak untuk menentukan samada akadnikah tersebut sah atau tidak berdasarkan kepada keterangan pihak-pihak, saksi-saksi yang hadir, keterangan dokumentar dan pembuktian yang lain.

MENGAPAKAH PERKAHWINAN POLIGAMI PERLU DIDAFTARAKAN?

Perkahwinan poligami perlu didaftarakan bagi  mengelakkan :-

i.         Prasangkan buruk masyarakat terhadap status pasangan tersebut.
ii.       Isteri atau isteri-isteri yang sedia ada mendapat hak sama rata dan keadilan dalam berpoligami.
iii.      Suami akan lebih bertanggungjawab dalam hubungan antara isteri-isteri dan anak- anak.
iv.     Agar tidak timbul isu pembahagian harta sekiranya pihak suami atau isteri meninggal dunia ekoran tiada pendfataran nikah poligami didaftarkan.
v.       Isteri yang sedia ada tidak akan mendapat darar syari’e disebabkan perkahwinan  tersebut.

ADAKAH PENDAFTARAN POLIGAMI MENGAMBIL MASA YANG LAMA?

Pendafatran perkahwinan poligami tidak mengambil masa yang lama sekiranya pasangan tersebut mempunyai bukti-bukti dokumentar yang mencukupi serta saksi-saksi yang dikehendaki sepertimana yang dikehendaki oleh Mahkamah Syariah. Dalam hal ini pihak-pihak berhak untuk melantik Peguam Syarie untuk mewakili pasangan tersebut agar proses pendaftaran menjadi mudah. Pasangan yang kurang arif akan menyebab proses pendaftaran menjadi lama dan menyukarkan pihak Mahkamah untuk membuat keputusan. Wassalam. –


1 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete