Wednesday 27 March 2013

PERCERAIAN DALAM ISLAM



PERCERAIAN  DALAM ISLAM

Firman Allah SWT di surah An Nisa’ ayat 19 :
“Pergaulilah isterimu dengan baik, sekiranya kamu benci kepada mereka, boleh jadi ada yang kamu benci itu Tuhan akan menjadikan kebaikan yang banyak padanya”.

Dalam hidup berumahtangga, pasti ada dugaan yang datang samada dari luar mahupun masalah dalaman dari setiap pasangan. Namun Islam tidak akan memberatkan umatnya terhadap sesuatu masalah yang datang. Masih terdapat jalan penyelesaian yang terbaik buat anda. Dapatkan nasihat daripada yang berpengalaman atau pihak-pihak jabatan agama mahupun Peguam Syariah sebagai panduan. Jika masih tidak dapat diselesaikan dengan cara baik, maka janganlah membiarkan pasangan anda terumbang ambing gantung tidak bertali atau melafazkan cerai diluar atau tanpa kebenaran Mahkamah.


LAFAZ TALAQ dalam Islam terbahagi kepada 2 :-
1.       Talaq Sharih
Talaq Sharih membawa maksud ‘nyata’ atau ‘jelas’ iaitu talaq yang diucapkan oleh suami kepada isterinya dengan kalimah yang terang. Contoh lafaz “Aku ceraikan kau dengan talaq satu

2.       Talaq Kinayah
Talaq Kinayah membawa maksud lafaz yang diucapkan oleh suami yang membawa makna kepada perceraian atau pengertian yang lain. Contoh lafaz “Kita berdua sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi”.

Bagi pasangan yang meragui jenis lafaz yang diucapkan oleh suami, pihak-pihak samada suami atau isteri boleh memfailkan pengesahan lafaz di Mahkamah Syariah tempat pasangan bermastautin menurut sekyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 (Pendaftaran perceraian di luar Mahkamah)

Hanya pihak Mahkamah Syariah berhak untuk menentukan kesahihan lafaz perceraian tersebut. Tanggungjawab dan kesedaran pasangan adalah perlu bagi mengelakkan berlakunya perselisihan di kemudian hari.

KES :

Pasangan A dan B telah berumahtangga selama 20 tahun. Suatu hari A telah melafazkan kalimah secara kinayah terhadap B. Pihak-pihak telah hadir ke Mahkamah Syariah untuk pengesahan terhadap lafaz tersebut. Namun semasa sebutan kali pertama di Mahkamah Syariah, ada pihak dari keluarga B yang memfailkan permohonan sebagai pencelah kerana terdapat fakta kes baru yang menyatakan bahawa A pernah melafazkan cerai kepada B, 10 tahun yang lepas tanpa pengetahuan B sebanyak 2 kali. Hal ini menimbulkan kerumitan kerana pihak pencelah wujud ketika pengesahan lafaz cerai  difailkan oleh A dan B. Pihak Mahkamah menasihati pihak A dan B agar melantik Peguam Syariah untuk memudahkan urusan dan prosiding kes pihak-pihak agar tidak memakan masa yang lama.



0 comments:

Post a Comment