NAFKAH
DIRI (ISTERI)
Dalam setiap institusi rumahtangga, setiap
pasanga suami isteri mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam seorang suami wajib
melayani isterinya dengan baik manakala seorang isteri yang solehah wajib
mentaati dan melayani suami. Seorang isteri yang taat kepada suami berhak untuk
mendapat nafkah diri sesuai dengan kemampuan pihak suami. Firman Allah SWT :
Maksudnya : ‘….hendaklah orang yang mampu
member nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezekinya
hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak
memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang Allah berikan
kepadanya’ (al-Talaq
7)
Manakala menurut seksyen 60, Enakmen
Undang-Undang Negeri Selangor 2013, memperuntukan bahawa :
60 (1)
Tertakluk kepada Hukum Syarak Mahkamah boleh memerintakan seseorang lelaki
membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya.
Dalam konteks kehidupan masakini, ramai para
isteri yang bekerja, namun tanggungjawab memberi nafkah tetap dipikul di bahu suami.
Walaubagaimana pun, isteri boleh membantu bagi meringankan beban kewangan yang
terpaksa ditanggung oleh suami bagi menjamin keharmonian rumahtangga. Sumbangan
isteri terhadap suami boleh dikira sebagai satu sedekah dan semoga mendapat
ganjaran di sisi Allah SWT.
0 comments:
Post a Comment