PENDAFTARAN PERKAHWINAN
Perkahwinan
dalam Islam merupakan sesuatu yang mulia kerana perkahwinan mempunyai faedah
yang besar kepada setiap individu dan masyarakat. Al-Quran mensyariatkan :
فانكحوا ماطاب
لكم من النساآء مثنى وثلث وربع
Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai (berkenan hati) dua,
tiga atau empat orang. (an-Nisa’ : 3)
Perkahwinan
disyariatkan agar manusia dapat melahirkan keturunan yang soleh, berakhlak
mulia, dapat mewujudkan ketenangan dalam jiwa serta dapat menghindarkan diri
daripada melakukan perkara yang tidak bermoral. Namun ramai dikalangan
masyarakat Islam yang kurang faham tentang kepentingan pendaftaran pernikahan
khususnya bagi umat Islam.
Menurut
seksyen 25 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003,
memperuntukkan “perkahwinan
selepas tarikh yang ditetapkan tiap-tiap orang yang bermastautin dalam Negeri
Selangor dan perkahwinan tiap-tiap orang yang tinggal di luar negeri tetapi
bermastautin dalam Negeri Selangor hendaklah didaftarkan mengikut Enakmen
ini”.
Peruntukkan
seksyen 25 jelas menyatakan bahawa pendaftaran adalah wajib ke atas tipa-tiap
individu beragama Islam yang bermastautin di dalam negeri Selangor. Pendaftaran
perkahwinan boleh didaftarakan sama ada oleh suami atau isteri serta mendapat
pengesahan daripada Mahkamah Syariah. Hanya Mahkamah Syariah berhak untuk
menentukan sahnya sesuatu perkahwinan tersebut berdasarkan segala bukti dokumen
yang dikemukakan dan keterangan saksi-saksi yang hadir.
Efek
perkahwinan yang tidak didaftarakan :-
1.
Perkahwinan
tersebut akan dianggap tidak menepati hukum syarak kerana tidak mendapat
kesahihan dari Mahkamah Syariah walaupun adanya sijil nikah dari Negara lain.
2.
Jika
salah seorang dari pasangan meninggal dunia, maka akan berlaku kesukaran untuk
mendapatkan faraid.
3.
Sukar
bagi pihak isteri untuk membuat apa-apa tuntutan di Mahkamah Syariah.
4.
Kesahtarafan
anak yang dilahirkan dipertikaikan.
5.
Masyarakat
akan meragui status pasangan tersebut.
Adalah
menjadi kesedaran bagi pasangan suami atau isteri untuk membuat permohonan
pendaftaran perkahwinan agar perkara-perkara yang tidak diingini dapat
dihindari. Wassalam.
www.peguamsyariah.com
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete