PERCERAIAN DALAM
ISLAM
Firman Allah SWT di surah An Nisa’ ayat 19 :
“Pergaulilah isterimu dengan baik, sekiranya kamu
benci kepada mereka, boleh jadi ada yang kamu benci itu Tuhan akan menjadikan
kebaikan yang banyak padanya”.
Dalam hidup berumahtangga, pasti ada dugaan yang
datang samada dari luar mahupun masalah dalaman dari setiap pasangan. Namun
Islam tidak akan memberatkan umatnya terhadap sesuatu masalah yang datang. Masih
terdapat jalan penyelesaian yang terbaik buat anda. Dapatkan nasihat daripada
yang berpengalaman atau pihak-pihak jabatan agama mahupun Peguam Syariah
sebagai panduan. Jika masih tidak dapat diselesaikan dengan cara baik, maka
janganlah membiarkan pasangan anda terumbang ambing gantung tidak bertali atau
melafazkan cerai diluar atau tanpa kebenaran Mahkamah.
LAFAZ TALAQ dalam Islam terbahagi kepada 2 :-
1. Talaq Sharih
Talaq Sharih
membawa maksud ‘nyata’ atau ‘jelas’ iaitu talaq yang diucapkan oleh suami
kepada isterinya dengan kalimah yang terang. Contoh lafaz “Aku ceraikan kau
dengan talaq satu”
2. Talaq Kinayah
Talaq
Kinayah membawa maksud lafaz yang diucapkan oleh suami yang membawa makna
kepada perceraian atau pengertian yang lain. Contoh lafaz “Kita berdua sudah
tidak ada apa-apa hubungan lagi”.
Bagi pasangan yang meragui jenis lafaz yang
diucapkan oleh suami, pihak-pihak samada suami atau isteri boleh memfailkan
pengesahan lafaz di Mahkamah Syariah tempat pasangan bermastautin menurut
sekyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
(Pendaftaran perceraian di luar Mahkamah)
Hanya pihak Mahkamah Syariah berhak untuk
menentukan kesahihan lafaz perceraian tersebut. Tanggungjawab dan kesedaran
pasangan adalah perlu bagi mengelakkan berlakunya perselisihan di kemudian
hari.
KES :
Pasangan A dan B telah berumahtangga selama 20
tahun. Suatu hari A telah melafazkan kalimah secara kinayah terhadap B.
Pihak-pihak telah hadir ke Mahkamah Syariah untuk pengesahan terhadap lafaz
tersebut. Namun semasa sebutan kali pertama di Mahkamah Syariah, ada pihak dari
keluarga B yang memfailkan permohonan sebagai pencelah kerana terdapat fakta
kes baru yang menyatakan bahawa A pernah melafazkan cerai kepada B, 10 tahun
yang lepas tanpa pengetahuan B sebanyak 2 kali. Hal ini menimbulkan kerumitan
kerana pihak pencelah wujud ketika pengesahan lafaz cerai difailkan oleh A dan B. Pihak Mahkamah
menasihati pihak A dan B agar melantik Peguam Syariah untuk memudahkan urusan
dan prosiding kes pihak-pihak agar tidak memakan masa yang lama.
0 comments:
Post a Comment